Total Pageviews

Saturday, February 9, 2019

RAWATAN AUTISME : Secara umum

(sila klik πŸ–± tajuk di bawah untuk maklumat terperinci)
Program Intervensi Awal bagi kanak-kanak autisme   (Early Intervention Programme) melibatkan :


πŸ‘„INTERVENSI BAHASA dan PERTUTURAN (speech therapy)
    ✋TERAPI CARAKERJA (occupational therapy)
    πŸ–±Terapi integrasi sensori (sensory integration therapy)
    πŸ–±Perceptual motor skills
    πŸ–±Sensory-motor skills
    πŸ–±Intervensi tingkah laku (behavioural intervention) 
    πŸ–± Social story (Kaedah bercerita)
    πŸ–±Latihan pengurusan aktiviti harian (self-help skills training)
    πŸ–±Latihan kemahiran sosial (social skills training)
    πŸ–±Kemahiran bermain (Play therapy)
    πŸ–±Intervensi untuk masalah hiperaktif dan kurang daya tumpuan
    πŸ–± 

                                                                                            
                                                                                                                       rawatan autism

    KELAZIMAN AUTISME dan PENTINGNYA PENGESANAN AWAL



    Autism Spectrum Disorder (ASD) atau pun autisme secara singkat adalah gangguan perkembangan otak (neurodevelopmental) yang dicirikan dengan masalah dalam komunikasi, tingkah laku dan fungsi sosial yang bermula pada kanak-kanak.


    KELAZIMAN AUTISME


    Di Amerika Syarikat, 1 daripada 68 kanak-kanak berumur 8 tahun mempunyai ASD dan jumlah ini meningkat dalam beberapa tahun ini.

    Di Malaysia, masih belum ada statistik kes yang telah disahkan ASD. Anggaran kes yang disyaki mempunyai autisme adalah lebih kurang 1 daripada 625 (1.6 dalam 1,000) di kalangan kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan dalam kajian kemungkinan menggunakan M-CHAT  (modified checklist for autism in toddler) pada tahun 2005.

    Adakah jumlah kes di Malaysia ini benar-benar lebih rendah berbanding kebanyakan negara lain ataupun masih ramai lagi kes autisme yang belum dikesan?

    Kajian juga menunjukkan bahawa autisme adalah 4-5 kali lebih biasa di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Penyakit autism boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan sosial.


    MENGAPA PENTINGNYA AUTISME DIKESAN AWAL?

    90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum umur 5 tahun!

    Pengesanan awal penting agar intervensi awal dan rawatan autisme dapat mengoptimumkan potensi kanak-kanak tersebut. Intervensi awal terbukti membantu kanak-kanak autisme meningkatkan keupayaan dan mutu kehidupan mereka.

    Akan tetapi, masih ramai ibu bapa yang belum mengenali ciri-ciri autisme pada anak-anak. Ini mengakibatkan ramai kanak-kanak autisme dirujuk lewat atau pun apabila mereka tidak dapat menyesuaikan diri di sekolah biasa.

    Sebaliknya, terdapat juga kalangan ibu bapa yang menafikan ciri-ciri autisme yang ada pada anak mereka menyebabkan kanak-kanak autisme ini kerugian tempoh kritikal di mana kanak-kanak ini boleh mendapatkan terapi dan rawatan intensif untuk masalah pertuturan, tingkah laku dan fungsi sosial mereka.



    Friday, February 8, 2019

    FAKTOR-FAKTOR RISIKO AUTISM


     FAKTOR-FAKTOR RISIKO AUTISME
    Punca sebenar autism adalah tidak jelas. Namun, pelbagai faktor risiko yang merangkumi kedua-dua faktor genetik dan faktor persekitaran dikenalpasti:

     a. Peningkatan Usia Ibu Bapa
    b. Masalah lahir pra matang (< 33 minggu)
    c. Masalah fungsi otak terganggu seperti jangkitan,  masalah semasa kehamilan atau kelahiran
    d. Risiko genetik apabila terdapat sejarah autism dalam keluarga.


    Tahukah anda ...




    Pengambilan suplemen asid folik atau vitamin prenatal pada ibu-ibu sebelum dan selepas kehamilan boleh mengurangkan risiko penyakit autism.




    Penerimaan imunisasi (Vaksin) TIDAK menunjukkan hubungkait dengan autism (Cochrane review 2012)








    Rawatan autism

    CIRI-CIRI AUTISME

    rawatan autism

    CIRI-CIRI AUTISME


    Adakah anak anda menujukkan ciri-ciri berikut?

    Menurut Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5), seorang kanak-kanak

    mesti memenuhi 3 criteria A (A1, A2, A3) dan sekurang-kurangnya 2 criteria daripada B (B1 – B4):

     

    A. Masalah dalam komunikasi sosial dan interaksi sosial

     

    A1. Masalah timbal balik sosial-emosi dan kegagalan perbualan yang normal

    Misalnya,

    Tiada respons bila dipanggil

    Masalah berkomunikasi secara normal

     

    A2. Masalah dalam komunikasi nonverbal

    Misalnya,

    Tiada kontak mata

    Kurang ekspresi wajah dan komunikasi non-verbal

     

    A3. Masalah dalam menjalinkan, mengekalkan, dan memahami hubungan sosial

    Misalnya,

    Kesukaran untuk berkongsi permainan khayalan (imaginative play)

    Tiada minat pada rakan sebaya

    Suka bermain seorang

     

    B. Corak tingkah laku, minat, atau aktiviti yang terhad dan berulang

     

    B1. Corak berulang dalam pergerakan, penggunaan objek, atau pertuturan

    Misalnya,

    Membariskan mainan atau membalikkan objek,

    Echolalia (mengulangi perkataan atau frasa)

    Mengibas-ngibaskan tangan (hand-flapping)

    Selalu bermain dengan sesuatu mainan atau objek yang sama tanpa rasa jemu

     

    B2. Kegigihan pada persamaan atau kepatuhan terhadap rutin.

    Misalnya,

    Makan makanan yang sama setiap hari

    Memakai pakaian yang sama

     

    B3. Minat yang sangat terhad dan terpaku dalam intensiti atau fokus yang tidak normal

    Misalnya,

    Terpaku dengan objek berputar

    Fokus yang tidak normal pada satu bahagian objek

    Melihat objek dengan pelik atau dari satu sudut yang berlainan secara lama

     

    B4. Hiperaktiviti atau hiporeaktiviti terhadap rangsangan sensori persekitaran

    Misalnya,

    Menutup teliga atau takut dengan bunyi yang kuat

    Mencium bau objek yang disentuh


    Video mengenali ciri-ciri autisme 





    Masalah sensori bagi kanak-kanak autisme

    Video memahami apa yang dialami oleh kanak-kanak autisme yang mempunyai masalah sensori





                                                                                                      rawatan autism





    Kepentingan Terapi Pertuturan


    Kepentingan TERAPI BAHASA dan PERTUTURAN



    Salah satu bentuk terapi yang membantu kanak-kanak dengan Autisme untuk:
    · Berkomunikasi secara lisan dan bukan secara lisan
    · Memahami komunikasi lisan dan non-verbal orang lain
    · Memulakan komunikasi secara spontan
    · Mengucapkan kata-kata dengan baik
    · Membangunkan kemahiran perbualan sosial yang sesuai
    · Berkomunikasi, bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya


    BILA WAKTU SESUAI UNTUK TERAPI PERTUTURAN?
     Lebih awal, lebih baik !!!!!
    90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum umur 5 tahun.

    Potensi keupayaan untuk bertutur lebih tinggi jika dimulakan sebelum mencapai
    umur 4 - 5 tahun.

    Kenapa perlu tunggu lagi jika anak sudah lambat bercakap?

    Tidak rugi dan malah lebih berfaedah jika dimulakan terapi pertuturan sejak awal lagi kalau anak disyaki ada ciri-ciri autism.

    Anda akan lebih rugi dan menyesal sekiranya anak dibawa ke hospital lewat.

    Ada kalanya ibu bapa menyalahkan rawatan anak mereka itu tidak berkesan. 
    Keberkesanan terapi pertuturan atau rawatan autisme itu bergantung kepada:

    1. Umur awal anak dilatih
    2. Kekerapan dan konsistensi terapi itu dibuat di rumah
    3. Teknik yang betul

    Kurangkan penggunaan gajet bagi membantu anak yang lambat bercakap

    Rawatan autism

    8 LANGKAH MEMBANTU ANAK BERCAKAP

    LAPAN LANGKAH MEMBANTU ANAK BERCAKAP

    1. Lakukan aktiviti bersama  



    2. Buat dan terangkan  


    3. Ceritakan benda yang ada / boleh dilihat  


    4. Huraikan apa yang anak cakapkan   


    5. Tanya soalan terbuka  


    6. Beri masa untuk respon  


    7. Ulangi percakapan anak dan berikan maklumat tambahan  


    8. Beri ganjaran  



    Rawatan autisme

    Video Kemahiran Pertuturan


    Video Langkah-Langkah Mengajar Kemahiran Meminta(klik sini)






    Video Kemahiran Meminta 2 - Prosedur Bantuan Kemahiran Meminta (klik sini)





    Video Bengkel Kemahiran Komunikasi :

    Video Bengkel Kemahiran Komunikasi Awal - 10 Jun 2018 (klik sini)




    Video Bengkel Kemahiran Komunikasi Lanjutan 24 Sept 2017 (klik sini)




    Program bersama dengan Speech-language therapist:

    Video The Therapist - Week 1 (Anak Tak Bercakap?) (klik sini)


    Rawatan autism

    Thursday, February 7, 2019

    TERAPI SENSORI INTEGRASI


    Rawatan Autism: TERAPI SENSORI INTEGRASI

    Tahukah anda manusia ada lebih dari 5 jenis deria?



    Piramid pembelajaran
    Mengapa perkembangan sensori penting?
    Masalah sensori dalam kanak-kanak sering mengakibatkan masalah dalam kemahiran motor, kognitif, tingkah laku dan perkembangan emosi. Ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak terganggu.

    Mengikut teori piramid pembelajaran, perkembangan sepatutnya bermula dari sensori, motor  dan persepsi yang normal sebelum anak itu dapat mencapai kemahiran aktiviti harian dan pembelajaran.

    Jadi, ibu bapa perlulah tahu, sekiranya sensori dan motor anak belum berkembang normal, bagaimana anak boleh dilatih untuk menyuap sendiri, memakai baju atau pergi ke tandas sendiri?

    Kanak-kanak autisme biasanya mengalami masalah sensori atau deria. Berikut adalah teknik-teknik yang disyorkan untuk menangani masalah tersebut.

    SENSORI SENTUHAN

    Kelakuan mengelak rangsangan ‘tactile’
    • Elak pakaian tertentu
    • Tidak suka pakaian ketat atau sesetengah baju baru yang bertekstur kasar
    • Sangat takut digeletek
    • Tidak suka muka atau tangan dicuci
    • Takut dipeluk
    • Tidak suka disikat
    • Berjalan dengan ‘tiptoe’

    Kelakuan mencari rangsangan ‘tactile’
    • Lebih suka baju ketat
    • Sentiasa kelihatan kotor / comot
    • Tidak menyedari tersentuh oleh orang lain
    • Toleransi kesakitan tinggi
    • Sentiasa menyentuh sekitarnya

    AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI SENTUHAN (TACTILE)
    1. Tong sensori diisi beras, tepung, kekacang, dan lain-lain
    2. Adunan sensori seperti playdough, pasir kinetic
    3. Melukis dengan jari
    4. Urutan tekanan dalam (deep pressure massage)
    5. Selimut berat, vest
    6. Memberus badan kanak-kanak dengan berus khas (brushing). Harus diperhatikan perbezaan tekanan ketika memberus pada kanak-kanak yang hipersensitif (rasa sakit walaupun tersentuh secara normal) dan hiposensitiviti (tidak merasakan apa-apa walaupun dicubit atau dipukul).
    7. Lapkan badan dengan sponge yang direndam dalam air suam / air sejuk.
    8. Mengurut badan  (deep pressure touch)
    9. Berjalan dengan telapak tangan (mesti dibantu oleh ahli terapi yang berpengalaman).
    10. Tidur telentang / meniarap di bola Bobath (bola getah untuk terapi).
    11. Bermain dengan bola bergerigi.
    12. Bermain playdough/plastesin/pasir kinetik


    SENSORI PENDENGARAN


    • Kelakuan mengelak rangsangan auditori:
    • Terganggu oleh bunyi latar belakang 
    • Tidak selesa dengan bunyi bising secara tiba-tiba atau bunyi kuat
    • Menutup telinga


    Kelakuan mencari rangsangan auditori:
    • Membuat bunyi yang kuat
    • Menjerit
    • Mendengar muzik yang kuat
    • Bersandar dekat dengan bunyi bising
    • Ditenangkan oleh bunyi putih (white noise) seperti kipas atau bunyi mesin
    • Membuat bunyi menggunakan objek seperti mengetik pensel di atas meja


    AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI PENDENGARAN
    1. Gabungan dengan terapi muzik. Bagi kanak-kanak yang hipersensitif: Muzik bernada rendah hingga kuat. Untuk kanak-kanak yang hiposensitif: Muzik adalah nada kuat hingga rendah.
    2. Bermain bisik-bisik.
    3. Memakai 'headphone'.
    4. Permainan memadankan bunyi (matching sounds).





    SENSORI RASA


    Kelakuan mengelak rangsangan oral:

    • Mengelak memberus gigi
    • Mengelak tekstur makanan tertentu
    • Mengelak mencuba makanan baru
    • Mempunyai kesukaran menggunakan penyedut miniman
    • Mempunyai masalah mengunyah atau menelan

    Kelakuan mencari rangsangan oral:
    • Suka mengunyah atau menghisap barang seperti pensil dan pakaian
    • Suka makanan pedas
    • Suka makanan yang sangat panas atau sangat sejuk
    • Mengigit kuku
    • Suka menjilat barangan bukan makanan


    AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI RASA
    1. Urut bahagian mulut (rangsangan oral motor).
    2. Berus bahagian mulut dengan berus bertekstur khas (boleh menggunakan batang aiskrim atau berus yang dibalut kain).
    3. Elakkan kanak-kanak dari bau yang tajam.



    SENSORI PENGLIHATAN (VISUAL)


    Kelakuan mengelak rangsangan visual

    • Menutup mata
    • Mengelak cahaya yang terang atau cahaya matahari
    • Takut benda yang bergerak
    • Kesukaran membezakan tona warna
    • Mempunyai kesukaran menentukan jarak
    • Menggosok mata
    • Pening atau loya dari rangsangan visual

    Kelakuan mencari rangsangan visual
    • Kesukaran memfokus pada objek
    • Menatap cahaya terang atau cahaya matahari
    • Menatap objek bergerak
    • Mengerakkan atau mengeleng kepala semasa menulis atau aktiviti motor halus
    • Memegang objek dekat untuk diperiksa
    • Mencari rangsangan visual seperti objek berputar, kipas dan corak

    AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI VISUAL
    1. Terapi Snoezelen atau terapi stimulasi multisensori dalam bentuk pergerakan lampu.
    2. Gabungan dengan gim otak (tumpuan dan kontak mata).
    3. Bilik diberi gangguan (distraction). Bagi kanak-kanak yang hipersensitif: Dari kosong ke banyak. Untuk kanak-kanak hiposensitif: Dari banyak sedikit / kosong.
    4. Permainan memadankan warna (colour matching)

    SENSORI PROPRIOSEPTIF


    Kelakuan mengelak rangsangan proprioseptif:

    • Mengelak aktiviti aktif seperti berjalan, melompat dan memanjat
    • Kesukaran menggunakan tangga
    • Boleh kelihatan tidak teratur
    • Boleh kelihatan malas dan lesu

    Kelakuan mencari rangsangan proprioseptif:
    • Menggunakan banyak kekuatan tanpa sedar
    • Berjalan atau memijak kaki (stomps) dengan kuat
    • kesukaran dengan kesedaran tubuh
    • Terhantuk dengan objek, dinding atau orang
    • Lebih suka pakaian yang ketat

    AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI PROPRIOSEPTIF
    1. Memberus badan kanak-kanak.
    2. Mengurut (tekanan sendi/ joint compression)
    3. Main dengan bola Bobath.
    4. Mengangkat kerusi.
    5. Menolak kerusi / objek yang diberi beban (misalnya, gelen).
    6. Merangkak dengan beban di belakangnya.
    7. Menekan dinding dengan tangan dan kaki bergantian.

    SENSORI VESTIBULAR (KESEIMBANGAN)

    Kelakuan mengelak rangsangan ‘vestibular
    • Takut pergerakan
    • Takut di taman permainan
    • Takut dengan lif
    • Tidak suka diterbalikkan
    • Takut menggunakan tangga


    Kelakuan mencari rangsangan ‘vestibular’
    • Tidak boleh duduk diam
    • Perlu bergerak secara berterusan (fidgets, rocking, berpusing).
    • Lebih suka terbalik atau tergantung dari sofa



    Aktiviti-aktiviti Masalah Sensori Vestibular
    Aktiviti di Taman Permainan Kanak-Kanak
    - Permainan berayun (Swing)
    - Gelongsor (slide)
    - Merry-go-rounds
    Trampolin
    Rocking Horses
    Jump-Spins
    Sticks Pick-Up


    SENSORI PENGHIDUAN (BAU)



    Kelakuan mengelak rangsangan bau

    • Muntah apabila terhidu makanan atau bau tertentu
    • Mengelak bau tertentu
    • Tidak selesa dengan bau yang kuat

    Kelakuan mencari rangsangan bau:
    • Keperluan untuk mencium sesuatu
    • Suka makanan dan objek dengan bau yang kuat
    • Meneroka dunia melalui aroma

    AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI BAU

    1. Permainan meneka hidu pelbagai jenis bau dalam botol.
    2. Aromaterapi
    3. Meneka bau sambil menutup mata (Blindfold smells) 




    Video-video bagi terapi sensori integrasi:

    Aktiviti Sensori Mudah untuk Bayi



    Video Sensory Deep pressure (Wilbarger) brushing & joint compression

    Teknik memberus dan tekanan sendi ini merupakan salah satu daripada teknik dalam Protokol Wilbarger yang mengaplikasikan sentuhan dan tekanan terhadap anggota badan.
    ·       Merawat masalah sensory defensiveness dengan mengurangkan tahap arousal (lebih tenang)
    ·       Menormalkan respon terhadap sentuhan
    ·       Membantu kanak-kanak yang hiperaktif
    ·       Menjadi lebih sedar mengenai tubuh mereka

    ·       Meningkatkan perhatian serta pergerakan yang bermakna 


    Video oral brushing bagi sensori oral
    Teknik ini digunakan untuk meningkatkan kesemua kawalan lidah dan juga bibir yang sangat penting untuk mengawal air liur, pertuturan serta pemakanan. Teknik ini melibatkan sentuhan, mengusap (stroking), mengetik (tapping) dan memberus. Teknik bertumpu di sekitar bibir, lidah dan rahang mulut.

    Video Stimulasi Oral Motor

    Kelemahan otot dan koordinasi oral motor yang lemah mengganggu komunikasi dan pemakanan, seterusnya mengakibatkan masalah bersosial dan isu nutrisi untuk kanak-kanak autisme.
    Urutan muka dan oral motor ini menguatkan otot muka, bibir, rahang dan lidah. Teknik ini juga merangsang sensori pada muka dan mulut.


    Gula-gula lolipop dan tongue depressors boleh digunakan untuk mewujudkan rintangan, menguatkan dan melatih kawalan otot lidah. Memberi makanan yang lebih kenyal juga disyorkan untuk membina kekuatan dan melatih otot muka.

     Video Sensory Bottle | DIY Botol sensori


      Untuk melatih konsentrasi dan rangsangan sensori pendengaran


    Idea-idea DIY sensori sentuhan di rumah
      Untuk rangsangan sensori deria sentuhan




                                                                                                                               








    Lukisan jari

    Bermain tepung bercampur air


    DIY multisensori kolam bola (ball pool) di rumah


























    rawatan autism