Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 7 Februari 2019

TERAPI SENSORI INTEGRASI


Rawatan Autism: TERAPI SENSORI INTEGRASI

Tahukah anda manusia ada lebih dari 5 jenis deria?



Piramid pembelajaran
Mengapa perkembangan sensori penting?
Masalah sensori dalam kanak-kanak sering mengakibatkan masalah dalam kemahiran motor, kognitif, tingkah laku dan perkembangan emosi. Ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak terganggu.

Mengikut teori piramid pembelajaran, perkembangan sepatutnya bermula dari sensori, motor  dan persepsi yang normal sebelum anak itu dapat mencapai kemahiran aktiviti harian dan pembelajaran.

Jadi, ibu bapa perlulah tahu, sekiranya sensori dan motor anak belum berkembang normal, bagaimana anak boleh dilatih untuk menyuap sendiri, memakai baju atau pergi ke tandas sendiri?

Kanak-kanak autisme biasanya mengalami masalah sensori atau deria. Berikut adalah teknik-teknik yang disyorkan untuk menangani masalah tersebut.

SENSORI SENTUHAN

Kelakuan mengelak rangsangan ‘tactile’
  • Elak pakaian tertentu
  • Tidak suka pakaian ketat atau sesetengah baju baru yang bertekstur kasar
  • Sangat takut digeletek
  • Tidak suka muka atau tangan dicuci
  • Takut dipeluk
  • Tidak suka disikat
  • Berjalan dengan ‘tiptoe’

Kelakuan mencari rangsangan ‘tactile’
  • Lebih suka baju ketat
  • Sentiasa kelihatan kotor / comot
  • Tidak menyedari tersentuh oleh orang lain
  • Toleransi kesakitan tinggi
  • Sentiasa menyentuh sekitarnya

AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI SENTUHAN (TACTILE)
  1. Tong sensori diisi beras, tepung, kekacang, dan lain-lain
  2. Adunan sensori seperti playdough, pasir kinetic
  3. Melukis dengan jari
  4. Urutan tekanan dalam (deep pressure massage)
  5. Selimut berat, vest
  6. Memberus badan kanak-kanak dengan berus khas (brushing). Harus diperhatikan perbezaan tekanan ketika memberus pada kanak-kanak yang hipersensitif (rasa sakit walaupun tersentuh secara normal) dan hiposensitiviti (tidak merasakan apa-apa walaupun dicubit atau dipukul).
  7. Lapkan badan dengan sponge yang direndam dalam air suam / air sejuk.
  8. Mengurut badan  (deep pressure touch)
  9. Berjalan dengan telapak tangan (mesti dibantu oleh ahli terapi yang berpengalaman).
  10. Tidur telentang / meniarap di bola Bobath (bola getah untuk terapi).
  11. Bermain dengan bola bergerigi.
  12. Bermain playdough/plastesin/pasir kinetik


SENSORI PENDENGARAN


  • Kelakuan mengelak rangsangan auditori:
  • Terganggu oleh bunyi latar belakang 
  • Tidak selesa dengan bunyi bising secara tiba-tiba atau bunyi kuat
  • Menutup telinga


Kelakuan mencari rangsangan auditori:
  • Membuat bunyi yang kuat
  • Menjerit
  • Mendengar muzik yang kuat
  • Bersandar dekat dengan bunyi bising
  • Ditenangkan oleh bunyi putih (white noise) seperti kipas atau bunyi mesin
  • Membuat bunyi menggunakan objek seperti mengetik pensel di atas meja


AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI PENDENGARAN
1. Gabungan dengan terapi muzik. Bagi kanak-kanak yang hipersensitif: Muzik bernada rendah hingga kuat. Untuk kanak-kanak yang hiposensitif: Muzik adalah nada kuat hingga rendah.
2. Bermain bisik-bisik.
3. Memakai 'headphone'.
4. Permainan memadankan bunyi (matching sounds).





SENSORI RASA


Kelakuan mengelak rangsangan oral:

  • Mengelak memberus gigi
  • Mengelak tekstur makanan tertentu
  • Mengelak mencuba makanan baru
  • Mempunyai kesukaran menggunakan penyedut miniman
  • Mempunyai masalah mengunyah atau menelan

Kelakuan mencari rangsangan oral:
  • Suka mengunyah atau menghisap barang seperti pensil dan pakaian
  • Suka makanan pedas
  • Suka makanan yang sangat panas atau sangat sejuk
  • Mengigit kuku
  • Suka menjilat barangan bukan makanan


AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI RASA
1. Urut bahagian mulut (rangsangan oral motor).
2. Berus bahagian mulut dengan berus bertekstur khas (boleh menggunakan batang aiskrim atau berus yang dibalut kain).
3. Elakkan kanak-kanak dari bau yang tajam.



SENSORI PENGLIHATAN (VISUAL)


Kelakuan mengelak rangsangan visual

  • Menutup mata
  • Mengelak cahaya yang terang atau cahaya matahari
  • Takut benda yang bergerak
  • Kesukaran membezakan tona warna
  • Mempunyai kesukaran menentukan jarak
  • Menggosok mata
  • Pening atau loya dari rangsangan visual

Kelakuan mencari rangsangan visual
  • Kesukaran memfokus pada objek
  • Menatap cahaya terang atau cahaya matahari
  • Menatap objek bergerak
  • Mengerakkan atau mengeleng kepala semasa menulis atau aktiviti motor halus
  • Memegang objek dekat untuk diperiksa
  • Mencari rangsangan visual seperti objek berputar, kipas dan corak

AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI VISUAL
1. Terapi Snoezelen atau terapi stimulasi multisensori dalam bentuk pergerakan lampu.
2. Gabungan dengan gim otak (tumpuan dan kontak mata).
3. Bilik diberi gangguan (distraction). Bagi kanak-kanak yang hipersensitif: Dari kosong ke banyak. Untuk kanak-kanak hiposensitif: Dari banyak sedikit / kosong.
4. Permainan memadankan warna (colour matching)

SENSORI PROPRIOSEPTIF


Kelakuan mengelak rangsangan proprioseptif:

  • Mengelak aktiviti aktif seperti berjalan, melompat dan memanjat
  • Kesukaran menggunakan tangga
  • Boleh kelihatan tidak teratur
  • Boleh kelihatan malas dan lesu

Kelakuan mencari rangsangan proprioseptif:
  • Menggunakan banyak kekuatan tanpa sedar
  • Berjalan atau memijak kaki (stomps) dengan kuat
  • kesukaran dengan kesedaran tubuh
  • Terhantuk dengan objek, dinding atau orang
  • Lebih suka pakaian yang ketat

AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI PROPRIOSEPTIF
1. Memberus badan kanak-kanak.
2. Mengurut (tekanan sendi/ joint compression)
3. Main dengan bola Bobath.
4. Mengangkat kerusi.
5. Menolak kerusi / objek yang diberi beban (misalnya, gelen).
6. Merangkak dengan beban di belakangnya.
7. Menekan dinding dengan tangan dan kaki bergantian.

SENSORI VESTIBULAR (KESEIMBANGAN)

Kelakuan mengelak rangsangan ‘vestibular
  • Takut pergerakan
  • Takut di taman permainan
  • Takut dengan lif
  • Tidak suka diterbalikkan
  • Takut menggunakan tangga


Kelakuan mencari rangsangan ‘vestibular’
  • Tidak boleh duduk diam
  • Perlu bergerak secara berterusan (fidgets, rocking, berpusing).
  • Lebih suka terbalik atau tergantung dari sofa



Aktiviti-aktiviti Masalah Sensori Vestibular
Aktiviti di Taman Permainan Kanak-Kanak
- Permainan berayun (Swing)
- Gelongsor (slide)
- Merry-go-rounds
Trampolin
Rocking Horses
Jump-Spins
Sticks Pick-Up


SENSORI PENGHIDUAN (BAU)



Kelakuan mengelak rangsangan bau

  • Muntah apabila terhidu makanan atau bau tertentu
  • Mengelak bau tertentu
  • Tidak selesa dengan bau yang kuat

Kelakuan mencari rangsangan bau:
  • Keperluan untuk mencium sesuatu
  • Suka makanan dan objek dengan bau yang kuat
  • Meneroka dunia melalui aroma

AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI BAU

1. Permainan meneka hidu pelbagai jenis bau dalam botol.
2. Aromaterapi
3. Meneka bau sambil menutup mata (Blindfold smells) 




Video-video bagi terapi sensori integrasi:

Aktiviti Sensori Mudah untuk Bayi



Video Sensory Deep pressure (Wilbarger) brushing & joint compression

Teknik memberus dan tekanan sendi ini merupakan salah satu daripada teknik dalam Protokol Wilbarger yang mengaplikasikan sentuhan dan tekanan terhadap anggota badan.
·       Merawat masalah sensory defensiveness dengan mengurangkan tahap arousal (lebih tenang)
·       Menormalkan respon terhadap sentuhan
·       Membantu kanak-kanak yang hiperaktif
·       Menjadi lebih sedar mengenai tubuh mereka

·       Meningkatkan perhatian serta pergerakan yang bermakna 


Video oral brushing bagi sensori oral
Teknik ini digunakan untuk meningkatkan kesemua kawalan lidah dan juga bibir yang sangat penting untuk mengawal air liur, pertuturan serta pemakanan. Teknik ini melibatkan sentuhan, mengusap (stroking), mengetik (tapping) dan memberus. Teknik bertumpu di sekitar bibir, lidah dan rahang mulut.

Video Stimulasi Oral Motor

Kelemahan otot dan koordinasi oral motor yang lemah mengganggu komunikasi dan pemakanan, seterusnya mengakibatkan masalah bersosial dan isu nutrisi untuk kanak-kanak autisme.
Urutan muka dan oral motor ini menguatkan otot muka, bibir, rahang dan lidah. Teknik ini juga merangsang sensori pada muka dan mulut.


Gula-gula lolipop dan tongue depressors boleh digunakan untuk mewujudkan rintangan, menguatkan dan melatih kawalan otot lidah. Memberi makanan yang lebih kenyal juga disyorkan untuk membina kekuatan dan melatih otot muka.

 Video Sensory Bottle | DIY Botol sensori


  Untuk melatih konsentrasi dan rangsangan sensori pendengaran


Idea-idea DIY sensori sentuhan di rumah
  Untuk rangsangan sensori deria sentuhan




                                                                                                                           








Lukisan jari

Bermain tepung bercampur air


DIY multisensori kolam bola (ball pool) di rumah


























rawatan autism

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.