Rawatan Autism: TERAPI SENSORI INTEGRASI
Tahukah
anda manusia ada lebih dari 5 jenis deria?
|
Piramid pembelajaran |
Mengapa perkembangan sensori penting?
Masalah sensori dalam kanak-kanak sering mengakibatkan masalah dalam kemahiran motor, kognitif, tingkah laku dan perkembangan emosi. Ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak terganggu.
Mengikut teori piramid pembelajaran, perkembangan sepatutnya bermula dari sensori, motor dan persepsi yang normal sebelum anak itu dapat mencapai kemahiran aktiviti harian dan pembelajaran.
Jadi, ibu bapa perlulah tahu, sekiranya sensori dan motor anak belum berkembang normal, bagaimana anak boleh dilatih untuk menyuap sendiri, memakai baju atau pergi ke tandas sendiri?
Kanak-kanak
autisme biasanya mengalami masalah sensori atau deria. Berikut adalah teknik-teknik yang
disyorkan untuk menangani masalah tersebut.
SENSORI SENTUHAN
Kelakuan mengelak rangsangan ‘tactile’
- Elak pakaian tertentu
- Tidak suka pakaian ketat atau
sesetengah baju baru yang bertekstur kasar
- Sangat takut digeletek
- Tidak suka muka atau tangan dicuci
- Takut dipeluk
- Tidak suka disikat
- Berjalan dengan ‘tiptoe’
Kelakuan mencari rangsangan ‘tactile’
- Lebih suka baju ketat
- Sentiasa kelihatan kotor / comot
- Tidak menyedari tersentuh oleh
orang lain
- Toleransi kesakitan tinggi
- Sentiasa menyentuh sekitarnya
AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI SENTUHAN (TACTILE)
- Tong sensori diisi beras, tepung, kekacang, dan lain-lain
- Adunan sensori seperti playdough, pasir kinetic
- Melukis dengan jari
- Urutan tekanan dalam (deep pressure massage)
- Selimut berat, vest
- Memberus badan kanak-kanak dengan berus khas (brushing). Harus diperhatikan perbezaan tekanan ketika memberus pada
kanak-kanak yang hipersensitif (rasa sakit walaupun tersentuh secara normal)
dan hiposensitiviti (tidak merasakan apa-apa walaupun dicubit atau dipukul).
- Lapkan
badan dengan sponge yang direndam dalam air suam / air sejuk.
- Mengurut badan (deep pressure touch)
- Berjalan
dengan telapak tangan (mesti dibantu oleh ahli terapi yang berpengalaman).
- Tidur
telentang / meniarap di bola Bobath (bola getah untuk terapi).
- Bermain
dengan bola bergerigi.
- Bermain
playdough/plastesin/pasir kinetik
SENSORI PENDENGARAN
Kelakuan mengelak rangsangan auditori:
Terganggu oleh bunyi latar belakang
Tidak selesa dengan bunyi bising secara tiba-tiba atau bunyi kuat
Menutup telinga
Kelakuan mencari rangsangan auditori:
Membuat bunyi yang kuat
Menjerit
Mendengar muzik yang kuat
Bersandar dekat dengan bunyi bising
Ditenangkan oleh bunyi putih (white noise) seperti kipas atau bunyi mesin
Membuat bunyi menggunakan objek seperti mengetik pensel di atas meja
AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI PENDENGARAN
1. Gabungan
dengan terapi muzik. Bagi kanak-kanak yang hipersensitif: Muzik bernada rendah
hingga kuat. Untuk kanak-kanak yang hiposensitif: Muzik adalah nada kuat hingga
rendah.
2. Bermain
bisik-bisik.
3. Memakai 'headphone'.
4. Permainan memadankan bunyi (matching sounds).
SENSORI RASA
Kelakuan mengelak rangsangan oral:
Mengelak memberus gigi
Mengelak tekstur makanan tertentu
Mengelak mencuba makanan baru
Mempunyai kesukaran menggunakan penyedut miniman
Mempunyai masalah mengunyah atau menelan
Kelakuan mencari rangsangan oral:
Suka mengunyah atau menghisap barang seperti pensil dan pakaian
Suka makanan pedas
Suka makanan yang sangat panas atau sangat sejuk
Mengigit kuku
Suka menjilat barangan bukan makanan
AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI RASA
1. Urut bahagian mulut (rangsangan oral motor).
2. Berus
bahagian mulut dengan berus bertekstur khas (boleh menggunakan batang aiskrim atau berus yang dibalut kain).
3. Elakkan
kanak-kanak dari bau yang tajam.
SENSORI PENGLIHATAN (VISUAL)
Kelakuan mengelak rangsangan ‘visual’
Menutup mata
Mengelak cahaya yang terang atau cahaya matahari
Takut benda yang bergerak
Kesukaran membezakan tona warna
Mempunyai kesukaran menentukan jarak
Menggosok mata
Pening atau loya dari rangsangan visual
Kelakuan mencari rangsangan ‘visual’
Kesukaran memfokus pada objek
Menatap cahaya terang atau cahaya matahari
Menatap objek bergerak
Mengerakkan atau mengeleng kepala semasa menulis atau aktiviti motor halus
Memegang objek dekat untuk diperiksa
Mencari rangsangan visual seperti objek berputar, kipas dan corak
AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI VISUAL
1. Terapi
Snoezelen atau terapi stimulasi multisensori dalam bentuk pergerakan lampu.
2. Gabungan
dengan gim otak (tumpuan dan kontak mata).
3. Bilik
diberi gangguan (distraction). Bagi kanak-kanak yang hipersensitif: Dari kosong
ke banyak. Untuk kanak-kanak hiposensitif: Dari banyak sedikit /
kosong.
4. Permainan memadankan warna (colour matching)
SENSORI PROPRIOSEPTIF
Kelakuan mengelak rangsangan proprioseptif:
Mengelak aktiviti aktif seperti berjalan, melompat dan memanjat
Kesukaran menggunakan tangga
Boleh kelihatan tidak teratur
Boleh kelihatan malas dan lesu
Kelakuan mencari rangsangan proprioseptif:
Menggunakan banyak kekuatan tanpa sedar
Berjalan atau memijak kaki (stomps) dengan kuat
kesukaran dengan kesedaran tubuh
Terhantuk dengan objek, dinding atau orang
Lebih suka pakaian yang ketat
AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI PROPRIOSEPTIF
1. Memberus badan kanak-kanak.
2. Mengurut
(tekanan sendi/ joint compression)
3. Main
dengan bola Bobath.
4.
Mengangkat kerusi.
5. Menolak
kerusi / objek yang diberi beban (misalnya, gelen).
6. Merangkak
dengan beban di belakangnya.
7. Menekan
dinding dengan tangan dan kaki bergantian.
SENSORI VESTIBULAR (KESEIMBANGAN)
Kelakuan
mengelak rangsangan ‘vestibular
- Takut pergerakan
- Takut di taman permainan
- Takut dengan lif
- Tidak suka diterbalikkan
- Takut menggunakan tangga
Kelakuan
mencari rangsangan ‘vestibular’
- Tidak boleh duduk diam
- Perlu bergerak secara berterusan (fidgets, rocking,
berpusing).
- Lebih suka terbalik atau tergantung dari sofa
Aktiviti-aktiviti Masalah Sensori Vestibular
Aktiviti di Taman Permainan Kanak-Kanak
- Permainan berayun (Swing)
- Gelongsor (slide)
- Merry-go-rounds
Trampolin
Rocking Horses
Jump-Spins
Sticks Pick-Up
SENSORI PENGHIDUAN (BAU)
Kelakuan mengelak rangsangan bau
Muntah apabila terhidu makanan atau bau tertentu
Mengelak bau tertentu
Tidak selesa dengan bau yang kuat
Kelakuan mencari rangsangan bau:
Keperluan untuk mencium sesuatu
Suka makanan dan objek dengan bau yang kuat
Meneroka dunia melalui aroma
AKTIVITI UNTUK MASALAH SENSORI BAU
1. Permainan meneka hidu pelbagai jenis bau dalam botol.
2. Aromaterapi
3. Meneka bau sambil menutup mata (Blindfold smells)
Video-video bagi terapi sensori integrasi:
Aktiviti Sensori Mudah untuk Bayi
Video Sensory Deep pressure (Wilbarger) brushing & joint compression
Teknik memberus dan tekanan sendi ini merupakan
salah satu daripada teknik dalam Protokol Wilbarger yang mengaplikasikan
sentuhan dan tekanan terhadap anggota badan.
·
Merawat masalah sensory defensiveness dengan mengurangkan tahap arousal (lebih
tenang)
·
Menormalkan respon terhadap sentuhan
·
Membantu kanak-kanak yang hiperaktif
·
Menjadi lebih sedar mengenai tubuh mereka
·
Meningkatkan perhatian serta pergerakan yang
bermakna
Video oral brushing bagi sensori oral
Teknik ini digunakan untuk meningkatkan kesemua kawalan lidah dan juga bibir yang sangat penting untuk mengawal air liur, pertuturan serta pemakanan. Teknik ini melibatkan sentuhan, mengusap (stroking), mengetik (tapping) dan memberus. Teknik bertumpu di sekitar bibir, lidah dan rahang mulut.
Video Stimulasi Oral Motor
Kelemahan otot dan koordinasi
oral motor yang lemah mengganggu komunikasi dan pemakanan, seterusnya
mengakibatkan masalah bersosial dan isu nutrisi untuk kanak-kanak autisme.
Urutan muka dan oral
motor ini menguatkan otot muka, bibir, rahang dan lidah. Teknik ini juga
merangsang sensori pada muka dan mulut.
Gula-gula lolipop dan tongue
depressors boleh digunakan untuk mewujudkan rintangan, menguatkan dan melatih kawalan
otot lidah. Memberi makanan yang lebih kenyal juga disyorkan untuk membina
kekuatan dan melatih otot muka.
Untuk melatih konsentrasi dan rangsangan sensori pendengaran
Idea-idea DIY sensori sentuhan di rumah
Untuk rangsangan sensori deria sentuhan
|
Lukisan jari |
|
Bermain tepung bercampur air |
DIY multisensori kolam bola (ball pool) di rumah
rawatan autism